Saturday, February 27, 2010

Student jer pon..

Kali ni berblog dalam bahasa melayu..yer, kita kena bangga dengan bahasa ibunda kita..tak nak mengulas banyak pasal bahasa-bahasa ni..saya bukan pakar bahasa..(-_-")

Saya terbaca sengaja membaca blog-blog mereka ini. Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Mungkin ada yang kenal mereka mungkin ada yang tidak. Oh, ini bukan nak cerita tentang blog mereka, tapi nak ulas pasal entri terbaru mereka. Dua-dua pasal kes kecurian dan rompakan. Dua-dua pelajar universiti. Sorang kat dalam negara, sorang kat luar negara. Apa pon mereka ni pelajar lah kan.

  1. Kes Pertama
Sila klik link beliau ini dan baca.
Apa komen anda?Kasut crocs jer kot. Bukan lah kata nak berlagak kalau anda mampu beli kasut crocs yang asli, tetapi sampai sanggup nak masuk bilik ambik kasut tu yang macam melampau pulak. Lainlah kalau kasut tu memang diletak kan di luar ker. Logik jugak. Kepada si pencuri, cuba bayangkan barang anda di ambil pulak. Mungkin bukan kasut crocs, tapi barang yang lebih berharga, macam mana?

Ye, kasut ku pernah dua kali di curi. Sabar jer lah. Memang sakit hati nak nangis semua ada.

2. Kes Kedua
Klik plak kat sini baca dulu entri beliau.
Saya agak ambil berat kerana adik bongsu saya berada di negara tersebut. Mereka satu kos. Haih, kalau jadi kat adik sendiri memang aku nangis suruh dier p pindah asrama Nauzubillah. SERIUS. Yer, kak me, sila pertimbangkan.
Pelajar, duk negara jiran plak tu. Kesian tau, tak kisah lah keluarga kaya ker miskin ker, diorang nie pelajar tau. Pelajar di zaman yang moden lagi berteknologi ni pulak lagi kan. Biasalah, nota assignment semua dalam laptop. Tak dalam laptop, dalam external, tak dalam external, pendrive. Dan pencuri-pencuri itu memang tidak berhati perut kalau ada hati pon memang busuk sebab amik semua tu. hhuhuhuhuhuh susah bila tak dak semua tu. Peringatan pada yang tidak terkena dan mintak dijauhkan la segala malapetaka, mungkin bagus kalau nota2 gambar2 disimpan dalam email atau upload kat blog ker aper web ker. Korang lebih arif benda-benda berteknologi nie, Untuk bakc up. tak dapat banyak, sikit pon jadi lah. kurang2 ada.hmmmm

Dulu masa kat Terengganu, pernah lah rumah kawan-kawan kena masuk dengan pencuri. Tapi pencuri nie ada otak jugak lah, sebab amik semua hp kamera duit syiling tapi laptop tak ambik. Diorang tau umah student. Yang nie tak tau lah nak cakap baik ker tak. Tapi mencuri tetap mencuri cuma ada plak timbang rasa. Semoga mereka sedar and kemabali ke jalan yang benar.

Nak ulas panjang-panjag memang tak reti. Tapi marah dan sakit hati sebab, kalau barang anda seperti handset Nokia 3310 kena curi pon rasa nak nangis and rasa lost gile kan??

Biarlah murah atau mahal, tapi bila hak orang, jangan amik..ok?

Semoga ALLAH melindungi kita semua..Amiiiiinn..


No comments: